Penipu
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan
Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya
dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah beribu
hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas
isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun
tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh
doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa
sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia
ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka
dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,
koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa
kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"
jelasHj.Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" Tanya
isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak
terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,
Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri
menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir
sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak
dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan
kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan
perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan
bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus
menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang,
you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa
ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I
rasakan.Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan
dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terut terlentang
kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Ambik le iktibar....insaf ler