Penjual Ayam
Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam
ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat.
Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap
ayam Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran.
Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap
hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam
sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi
dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi
pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja.
Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada
pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau
Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan
campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak
Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.
Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama
Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam
je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek
punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya.tak ada satu
pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin
dan tanya,
Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.
Sudi : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi
terbalik dekat Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua
ayam dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak
dekat Nibong Tebal).
Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat
Kak Midah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main
dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh
kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong
ayam.(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)
Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak
belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak
bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada
masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil
Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.
Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung
Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka
seluar dan
menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......). Kalau Kak Midah
teror
cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari
mana.
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)