Sawiyah
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam
tujuh ...lapan kali!Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas
keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak
kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik
hapa?
Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku
dah memang cantik ,memanglah...Sawiyah berbangga pun sendiri. Selama
ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya.
Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia
pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya.
Sawiyah tahu itu.
Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak
mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik
mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana
itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan
terus.
Apa klesss diorang tue?
Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan
hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia
jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki,
tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan
Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan
sepejabat yang lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya
hanya
satu,
Sameon!
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua
Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin
sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk
dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang.
Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak
ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti! "Malam ini u ada pree tak? Kalu
boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan
sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah
jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina
bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
ua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
awiyah bersiap habiss.
Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug-dag menantikan saat indah yang
akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu.
Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis
Sawiyah.Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya,
Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut
tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum
Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang
senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian,
bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. Wajah
Sawiyah cukup kelat, sewaktu
menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya,
Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin
menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing
di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan...lapan kali! Dan semakin
ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa
Sameon di telinga..."U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat
u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba
hidungnya......