Suami Isteri
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis
bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas
barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu,
rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak
tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam
biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak.
Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar
dari rumah ini ! "
MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !
Kembali ke muka hadapan