Cuci Darah
"Mak Aziz balik dulu Mak",
"Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dahpukul
sembilan ni...".
"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu
yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni,
mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang
Kerian ker KL tu......"
"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup
tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu
dimilikinya......
"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup
gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.
Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir
5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan,
lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke
destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung
"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz
terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula
berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena
hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area
lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhlukghaib......"
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya
"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu....sekarang ni zaman
internet jer
....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga
setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran...
Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz
memang selalu berhati-hati,
tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang
seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu
ker?"soal hatinya......"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin
hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objekitu,rupa-rupanya
seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih
berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.
"orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata,
hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan
pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan
mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana nibiar
saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... "
segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua
tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun
dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup
pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang
garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya
keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengarsuara
perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........
"aapaaa....mak cik buat
seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak
tu"kata aziz terketar-ketar......
"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat
kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi
tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz
terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya
tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu
kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.......
"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita
biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di
langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang
garau.......semangkin
kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......
"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi yang
perempuan tua
itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan
beansur-ansur bertukar menjadi putih........
burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itumemenuhi
ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk
membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik
keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan
sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.
"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................."
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....
"ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!"