Tunggu bas
Pada Suatu Hari Shahrul Pergi Ke Teluk Intan Dan Ingin menaiki bas Ke Bagan
Datoh Untuk Pergi Kerumah Kawannya. Hari Itu Merupakan Hari Pertama Shahrul
Menjejakkan Kakinya Di Teluk Intan Dan Dia Langsung Tidak Tahu Bas Apa Yang
Perlu Di Naiki Untuk Pergi Ke Bagan Datoh Pula. Shahrul Merupakan Seorang
Lelaki Yang Kacak Dan Sempurna Sifat Fizikalnya, Tetapi Shahrul Adalah
Seorang Lelaki Yang Sengau. Oleh Kerana Shahrul Tidak Tahu Bas Untuk Pergi
Ke Bagan Datoh, Lalu Shahrul Pun Berjumpa Dengan Seorang Gadis Cantik Yang
Kebetulannya Ingin Menaiki Bas Di Bus Stand Tersebut.Sebenarnya Gadis
Tersebut Juga Akan Menaiki Bas Yang Akan Shahrul Naiki.Maka Bermulalah
Dialog Antara Mereka Berdua:
Shahrul : "Saudari Tumpang Tanya, Kalau Nak Ke B.Datoh Naik Bas Yang Mana
Satu?"(Dengan Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : "Emmmmmm..." (Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul : "Maaf Kan Saya Bertanya, Bas Nak Ke B. Datoh Yang Mana Satu?
"(Dengan Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : (Masih Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul: "Kau Menghina Aku Yer???..Tak Per.....Nanti Kalau Aku Nampak Kau Di
Kampung Aku, Aku Tumbok Kau" Bentak Shahrul Dengan Suara Sengaunya Kerana
Begitu Marah Kepada Gadis Tersebut Yang Tersenyum-Senyum Memandang Kearahnya
Apabila Dia Bertanya. Dan Kemudian Dia Berlalu Untuk Bertanya Kepada Orang Lain.
Rupa-Rupanya Gelagat Gadis Tersebut Telah Diperhatikan Oleh Seorang Mak Cik
Yang Tidak Jauh Dari Situ. Timbullah Ketidakpuasan Hatinya Lantas Bertemu
Gadis Tersebut Utk Bertanyakan Perkara Yang Sebenar.
Mak Cik Tersebut : "Anak, Kenapa Anak Tidak Menjawab Pertanyan Anak Muda Itu
Tadi, Dan Tersenyum-Senyum Memandangnya, Bukankah Itu Perkara Berdosa?"
gadis tersebut : "mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda itu, kerana saya kuathir ia akan
berfikir saya cuba menyindirnya bahawa saya juga adalah sengau sepertinya"
kata gadis tersebut DENGAN SUARA SENGAUNYA...............