Seluar Dalam
Pada uatu hari, Usop Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih
barunya, Mek Ayu.So si Usop ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya
untuk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru dua bulan
berkawan jadi si Usop Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu
satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya
sangat. adik sepupu Usop pulak pegi beli satu seluar dalam hitam
berbunga-bunga baru sebab ada sale hari itu. Masa membayar, dengan tak sengaja
cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar
dalam hitam adik sepupu Usop!
Selepas membayar Usop Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh di
orang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis
surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dahtersilap
tu.Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie:
Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu,
Usop pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar
jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik
sepupu Usop, Usop dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh
tak lembab sangat. Tapi Usop tengok adik sepupu Usop pakai yang ada
bunga tu nampak cantik pulak. Usop pilih warna hitam tu supaya tak
nampak kotur.Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak
basuh. Nampak elok aje! Usop suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter
tu lebih kurang Ayu je.Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka
sebab Usop rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok
Ayu pakai depan Usop. Usopharap Ayu akan pakai untuk Usop hujung minggu
nie.Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu...
P.S: Kalau Ayu nak pakai, Usop nampak stail terbaru ialah dengan
melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.
Yang Menyayangimu, Usop Jendul