Perut lembu
ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki
ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun
tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi
dia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh
nak cerita nanti penulis muntah pulak. si bini ni
memang sokmo komplen pasal kentut tu dan banyak kali
termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka
penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula
jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari si bini yg
dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu
hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar,
semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu
baru padan muka", silaki cuma sengih jer.
hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak
dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada
perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si
bini nak pekena laki dia.
masa laki dia tengah seronok tido dia telah
longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul
kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk
menunggu aksi seterusnya.
dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan
macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya
yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya,
si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik
tido terdengor suara laki dia menjerit sakan, histeria
gitu, sibini tertongeng tongeng dan guling guling
ketawa. 20 minit pastu si laki pun kedapor untuk
sarapan, sibini pun buat buat donno dan kontrol macho.
"masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya
terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia
bersunguh sunguh.
"habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil
kontrol suara dan perut yg nak pecah sebab nak ketawa.
" nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik
air, dan sekarang semua dah settle".
"hah dah settle! abng buat macam mana" tanya sibini,
agak suspen.
"dengan menggunakan jari sahaja abng berjaya
memasukkan balik semua isi perut abng tadi... tak
payah susah susah pegi hospital untuk operasion" Si
bini diam kaku...