JERUK PELAM
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru.
Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan
mereka...Ms. Choo
(kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah
memurid tahun
6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie.
Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang
bagi hadiah...
selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil
mengucapkan
Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya
yang bersaiz besar...
lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum
simpulnya si Anita
Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya...
Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu
tidur...semuanya disambut
dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms.
Choo segera menyambut
titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan
merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau
dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam
tau".
.. Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...