Rahsia suami


SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka . Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya
" kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab
" sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan " .
Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi :
" tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "
dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,
"setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".





Kembali ke muka hadapan