Maria oh Maria
Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau pinang setiap tahun.
Apabila terpandang pesawat ringan yang membaw dua penumpang berlegar-legar di udara fauzi termenung.
"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.
Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi
menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."
Tahun berikutnya, Maria dan fauzi pergi lagi
ke pesta tu. Fauzi masih ingin
menaiki pesawat ringan.
"Maria, abang dah berumur 65 yahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.
"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa
kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi
dengan satu syarat.
"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan
tidak berkata sepatah pun semasa di
udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya
kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.
Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan
berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang
terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak
ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut
kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang
melakukan aksi-aksi ngeri namun pasang itu
tetap tidak menjerit.
"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk
membuat pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.
"Sebenarnya saya nak
menjerit tadi semasa Maria terjatuh
dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.
Kembali ke muka hadapan