Tumpang Rumah
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang
ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebat pada
malam itu.
Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya
yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang
tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di
rumahnya. Pemuda itupun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil
yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut
masuk.
"Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang
manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati
yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula. " Di luar sana
ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang
bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..."
Kembali ke muka hadapan