Telur Rebus
Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan
telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang
malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus
ni..sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih
lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk
makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum
aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku
malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan
'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance
aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!...fuh bau jangan cakap beb..
aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan
angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang
sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada
lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi
padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh
tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia
ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain
penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku
buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang,
duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun
ada!!.
Kembali ke muka hadapan