Lawak dari Indon


Di sebuah perkampungan dipingiran kota, terdapat sebuah keluarga kecil yang tinggal di sebuah pondok atau rumah yang sederhana besar. Rumah itu didiam oleh tiga orang iaitu sibapa, si ibu dan juga seorang budak lelaki yang sedang meningkat dewasa, Icuk namanya. Suatu malam yang agak dingin, kebetulannya di waktu siang hujan turun dengan agak lebat, lantas sang bapa memberi isyarat kepada si ibu yang lagi sibuk dengan jahitannya.
"ibuk kita tidur yok"
bilangin si bapa. si ibu lalu tersenyum, mengerti akan keperluan si bapa. ya kebetulan juga mereka sudah lama tidak bersama. musim panas loh. jadi ini bisa jadi malam pertarungan, silap-silap icuk bisa dapat adik.
"Icuk kita tidur yuk, ibu mahu memadamkan lampunya. Ayah juga mau tidur."
pujuk ibu pada icuk.
"Icuk belum ngantuk bu!" bilang icuk.
"Sudah!!!! tidur saja, sudah malam kok enggak mau tidur". bentak si ayah sambil hidungnya kembang kempis. Marah bimbang tak kesampaian hajatnya mungkin. Diringkaskan cerita maka icuk pun memaksa dirinya tidur. Biasalah rumah mereka cuma ada sebuah bilik dan lantaran icuk masih lagi anak kecil maka mereka tidur didalam sebuah bilik namun dikatil yang berasingan. Suasana bilik agak gelap tidak seperti biasa. Setengah jam berlalu. "Icuk!!!!!!" panggil si bapa.
"ya pak" jawab icuk.
"kamu belum tidur?"
"belum" jawab icuk ringkas. Kedengaran si bapa mengeluh panjang.
" Tidur ya"bilang si bapa. Setengah jam kemudian
"Icuk???" panggil si ibu pula.
" Ya, buk" jawab icuk yang dari tadi terkebil-kebil tak boleh tidur.
" Kenapa sik kamu tidak tidur lagi??" tanya si ibu lembut tapi bunyinya agak tegas.
"Iya buk, icuk akan tidur" jawab icuk. begitulah seterusnya sehingga beberapa jam berlalu si ibu dan si bapa silih berganti bertanya. Namun icuk tetap tidak melelapkan mata.
Di pendekkan cerita lagi maka melepas lah si bapa untuk habuannya malam itu. Kerana hari sudah pun dinihari dan masing-masing terlelap di kesunyian malam.
Keesokkan paginya sewaktu sarapan Icuk berasa agak gementar melihatkan sikap dingin bapanya. pagi tupun bapanya tidak menghantarnya ke sekolah malah diminta jirannya menumpangkan icuk kesekolah. Icuk agak sedih kerana pada perkiraanya ada sesuatu yang menyebabkan bapanya marah. Di sekolah perubahan sikap icuk disedari oleh salah seorang guru yang sememangnya menyayangi icuk lantaran dari kebijaksanaannya dalam pelajaran.
"kenapa icuk, kok bermuram??" tanya si guru. Dengan sedihnya icuk pun menceritakan tentang sikap bapanya yang begitu dingin. guru bertanya dari a sampai z lantas tersenyum mengerti. "icuk, seharusnya kamu tidur awal". jawab guru menenangkan icuk.
"tapi mata saya tidak bisa pejam, tidak mengantuk loh". jawab icuk. si guru tersenyum lagi kerana melihatkan anak muridnya yang belum mengerti duduk perkara.
"Tidak apa-apa. saya cadangkan biarpun icuk tidak mengantuk, cubain pura-pura tidur. Biar jika dipanggil juga jangan menyahut. Pasti ibu juga bapa kamu akan menyukainya." kata guru dan icuk menyambutnya dengan satu senyuman puas.
Malam itu Icuk sudah bersedia untuk disuruh tidur bila-bila diperintahkan di luar sana hujan turun dengan lebat. dan sebentar kemudian berhenti.
"Icuk, mari kita tidur" ajak si bapa. Icuk tersenyum dan akur. Dalam hati berkata, biar apapun yang terjadi dia mahu bapanya tersenyum besok pagi.
Icuk pun membaringkan dirinya di katil yang terletak di hujung ruang bilik. Seperti semalam bilik digelapkan dan ini mengundang rasa seram pada diri icuk. Ternyata kegelapan itu membuatkan icuk benar-benar tidak bisa melelapkan mata. Setengah jam berlalu.
"icuk!!!!!" panggil si bapa. Icuk berdiam.
"icuk!!!!!" panggil si bapa lagi mungkin untuk memastikan icuk sudah benar-benar tidur. Icuk tetap membatukan diri tanpa bersuara akur dengan perintah guru bercampur baur dengan rasa takut kerana bilik terlalu gelap. malam itu benar-benar sunyi.
"Ibu, nampaknya icuk sudah tidur. Boleh kita mulai kerjanya" tanya si bapa kepada si ibu. Maka bermulalah pertarungan mereka dengan pelbagai bunyi yang begitu aneh pada pendengaran icuk. Tidak pernah rasanya ibu dan bapanya mengerang sedemikian macam orang yang sedang sakit. Icuk sudah mula menggigil ketakutan didalam gelap memikirkan apa yang berlaku pada orang tuanya. Bunyinya kok pelik sekali. Pertarungan berjalan agak lama dan setengah jam sudah berlalu.
"aduh pak, sakit pak, jangan terburu-buru nanti saya keluarnya cepat" rayu si ibu.
Hah????? mau keluar tanya icuk dalam hati sambil terus memasang telinga. Loh mau keluar kemana? mana mungkin tinggal kan icuk sorang diri disini?. Namun , icuk terus membatu.
"Sabar buk, sabar belum masanya, kita keluar sama-sama ya" balas bapa kepada si ibu.
"Angkat bu angkat tinggi, saya enggak mau ada yang keciciran" pinta bapa kepada ibu sambil si ibu terus mendengus seperti mengangkat benda berat. Wah! kemana ibu sama ayah mau pergi. Mereka mahu meninggalkan icuk disini????? pikir icuk didalam hati. Air mata mula berderai kerana memikirkan ibubapanya mahu meninggalkannya. Namun dia tetap bersabar. Bunyi seperti benda terbanting dan keluhan-keluhan menguatkan lagi syak icuk bahawa sibapa dan si ibu sedang sibuk mengemas.
"Pelan-pelan pak, jangan bising, nanti icuk terbangun kita tidak sempat keluar!" kata ibu. Beberapa ketika kemudian si ibu mula terjerit pelan
" pak,sudah pak! Saya sudah mahu keluar cepat pak mahu keluar!!!!
" Ya! ya! saya juga sudah mahu keluaarrrrrr!!!!!!!!!! Cepat buk-cepat bukkkkkkk!!!!!!!! jerit si bapa dan si ibu katanya sudah masa mahu keluar.
Icuk semakin cemas dan serentak itu icuk bingkas bangun dan berlari ke arah ayah dan ibunya sambil menjerit dan meraung......
TIDAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! JANGAN LELUARRRRRR, JANGAN TINGGALKAN ICUKKKKK.....ICUKKKKKKK MAU IKUTTTTTTTTTTTTTTT...........
Maka terpinga-pingalah si ibu dan si bapa kerana baru menyedari bahawa sebenarnya belum tidur dan mendengar segala pertarungannya serta malu kerana si icuk menyangkakan mereka mahu keluar dari rumah..........hai nasib, nasib!





Kembali ke muka hadapan