Mana satu


Pemandangan di sepanjang jalan cukup indah.Udara laut berhembus nyaman. Kereta yang kupandu perlahan - tenang lancar saja....tiada gangguan. Harris yang duduk di sebelah sesekali bersuara....namun aku cuma angguk dan geleng. "Hey.....kenapa ni ?" Harris bersuara sinis. "Aku buntu sekarang Harris...." "Boleh aku tau masalah you tu..."Harris masih sinis. "Agak-agaknya.....antara Amiesha Patel dan Aishwarya Rai....siapa yang lebih menarik?"tanyaku serius. "Entah...tapi kenapa...."jawab Harris pendek. "Kali ini, kalau boleh aku tak mahu buat keputusan terburu-buru....."luahku pada Harris. "Terburu-buru? Hey, you ni sebenarnya kenapa?"tanya Harris. "Sebenarnya,aku tak mahu nama aku tercemar,apabila digandingkan dengan salah seorang antara mereka....aku ingin peminat filem Bollywood sedar bahawa aku berbakat....bahawa Hrithik Roshan ini bukan bergantung kepada paras rupa semata-mata....." "Hrthik Roshan....? Engkau ni Matt....sejak bila nama kau bertukar.. Hisy...."Harris menggeleng. "Eh ye ke nama aku ni Matt...." Hii,hii,hii....