Handphone


Ini adalah kisah tentang satu pasangan suami isteri okkeh... Citernya cam nihh...Pada satu hari si isteri berbincang dengan si suami berkenaan dengan handphone startac yang hendak dibelinya...si isteri tadi merayu kepada si suami agar dapat membelikannya sebuah handphone startac...tetapi sayang sekali si suami tidak dapat menunaikan permintaan si isterinya itu...ini adalah kerana gaji si suami tidaklah berapa banyak sangat...dengan sebab itu lah suaminya tidak dapat menunaikan permintaan isterinya itu. Hari demi hari si isteri cuba memujuk suaminya membelikan handphone untuknya...tetapi tidak berhasil juga...nak dijadikan cerita lagiiiii....Pada suatu pagi si isteri ini telah kepasar untuk membeli keperluan hariannya...ketika pulang dari pasar si isteri asyik memikirkan tentang handphone startac idamannya itu...sedang si isteri ini berjalan pulang kerumah...tiba-tiba datang sebuah lori sampah memandu dengan laju telah melanggar si isteri ini tadi...lalu meninggallah si isteri ini tadi...kesiann Mayat si isteri ini malang ini telah dikafankan dan dimandikan menurut cara islam dirumah...si suami hanya termenung kesedihan mengenangkan nasib isterinya itu...kemudian mayat isterinya itu telah dihantar ketanah perkuburan orang islam untuk dikebumikan. Sesudah sampai ditanah perkuburan itu...mayat si isteri ini pun dimasukkan ke dalam lubang kubur...tapi yang hairannya mayatnya itu tidak muat untuk disumbatkan kedalam lubang itu...orang orang kampung hairan dengan kejadian itu...kemudian sipenggali kubur pun turun kebawah lubang untuk menggorek lagi lubang kubur isterinya itu dan cuba memasukkan mayat arwah itu kedalam liang lahat tadi...masih juga tidak muat...ini lebih menghairankan masyarakat yang menziarahi mayat itu tadi...lalu seorang imam bertanya kepada si suami itu...mmmm hasyim...sebelum isteri kau meninggal...ada tak kesilapan yang isteri kau telah lakukan pada engkau semasa hidupnya dulu...lalu hasyim pun berfikir sejenak....mmm rasanya takder tok imam jawab hasyim...tapiii...yerr saya ingat...isteri saya penah mengidam handphone startac...tapi sampai dia jadi arwah saya tak dapat membelikannya tok imam...ohhh..mungkin sebab permintaanya tidak ditunaikan...sebab itulah mayatnya tak dapat dimasukkan kedalam lubang kubur nihh jawab tok imam. Hasyim...tok imam rasa baik kau belikan sebuah handphone dan tanamkan sekali dengan mayatnya itu.lalu hasyim pun pergi mendapatkan sebuah handphone startac lalu diberikan kepada tok imam itu tadi. Sipenggali kubur pun mengangkat mayat siarwah isterinya itu lalu mencuba memasukkankan mayat itu. Alhamdulillah mayatnya dapat dimasukkan kedalam lubang kubur tadi...dan handphone itu juga dimasukkan sekali...lalu sipenggali kubur pun cuba menimbuskan mayat itu...lantas si suami ini pun bertanya kepada tok imam...kenapa harus dimasukkan sekali handphone startac itu kedalam kubur ? dalam kubur mana ada line tok soal sisuami itu tadi...belum sempat tok imam menjawab soalan si suami itu tadi...sipenggali kubur pun menyampuk...alah CELCOMMMMMM.....lalu orang kampung pun ketawa.....muahahahahahahahhahah TAMAT