IMAM BARU !!!


Ada seorang pemuda yang bermusafir. Pada suatu hari beliau tiba disebuah kampung pada ketika samar-samar senja. Ketika itu waktu Maghrib hampir tiba. Beliau mengambil keputusan untuk singgah si surau dikampung tersebut untuk menunaikan solat Maghrib. disurau terdapat beberapa jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat. Si pemuda ini pun terus menukar pakaian dan mengambil wuduk dan seterusnya menyertai para jemaah untuk solat. Setelah beberapa ketika sipemuda ini pun berkata "Bukankah dah masuk waktu ni... kenapa kita masih belum solat?" "Kita sedang menunggu Imam" sahut salah seorang jemaah. Setelah beberapa minit menunggu dan si Imam tidak juga muncul, ketika ini sipemuda pun berkata "waktu dah nak habis, eloklah kita solat dulu". Para jemaah bersetuju dan bersepakat untuk mmemilih sipemuda itu menjadi imam. Sebenarnya itulah kali pertama pemuda itu mengimamkan sesuatu solat, namun dek kerana segan, dia tidak beritahu jemaah lain. Beliau pun terus mengambil tempat imam dan memulakan solat. "Allah Hu Akbar", beliau memulakan takbiratulikhram dan diikuti oleh para makmum. Selepas itu beliau terus membaca doa iftitah. Kemudian, dengan suara nyaring belaui terus membaca,"Bismillahhirahmanirahim. Waddhuha. Wallai...". Tiba-tiba kedengaran makmum dibelakang menyahut'"Subhanallah!". Beliau terus berhenti membaca dan berkat dalam hati," Mungkin bacaan aku tidak betul." Kemudian beliau berdehem sambil membetulkan anak tekak dan memulakan sekali lagi,"Bismillahirahmanirahim. Waaadhuuhaa. Wall...." Sekali lagi kedengaran makmum menyahut "Subhanallah." Beliau terus berhenti membaca dan berkata dalam hati lagi."Apa lagi yang salah? Mungkin aku perlu nipiskan lagi sebutan agaknya. Prihatin betul jemaah disini." Beliau kemudian memulakan sekali lagi dengan membaca,"Bismillahirahmanirahim. Waaaaadddhuuuuhaaaa. Wallai..." "Subhanallah!", sekali lagi makmum menyahut. Olahkerana tidak berpuashati, sipemuda terus berpusing dan mengadap makmum dan berkata,"Kenapa! Apa salahnya. Apa yang tak betulnya?. Makmum pula serentak menjawab,"Fatihahnya mana!"