Perikemanusiaan
Dua orang perompak Bun dan Ben telah berjaya menculik seorang ahli
perniagaan yang baru mengeluarkan wang dari bank sebanyak 1 juta RM. Untuk
menjaga keselamatan mereka berdua, Bun berpendapat adalah lebih baik untuk
membunuh sahaja ahli perniagaan tersebut. Ahli perniagaan itu merayu-rayu
minta dikasihani. Ben yang lebih berperikemanusiaan tidak bersetuju untuk
membunuh ahli perniagaan tersebut. Setelah bertekak sekian lama, Ben
mendapat suatu idea yang bagus iaitu dengan membogelkan ahli perniagaan
tersebut... sekurang-kurangnya mereka berdua sempat untuk melarikan diri.
Sekali lagi ahli perniagaan itu merayu supaya diberikan kembali pakaiannya.
"Tolonglah jangan biarkan polis menjumpai aku dalam keadaan tanpa seurat
benang begini, aku sangat malu nanti"
Sebelum sempat Ben menyuarakan pendapat berperikemanusiaannya, Bun dengan
segera menarik sesuatu dari poket bajunya untuk diberikan kepada mangsa
mereka itu dan terus menarik tangan Ben keluar dari rumah untuk melarikan
diri...
Setelah jauh dari tempat kejadian itu Ben bertanya
"Apa yang kau berikan kepadanya tadi..??"
Bun dengan selambanya menjawab
"Aku tunaikan permintaannya, seurat benang...."