Lawak Pagi
Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai
seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau
raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi
...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah
mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat
mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang
dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya
untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja
tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa
disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi
lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya
"Apa yang engkau buat
sampai kude beta tu duduk wahai budak?"
maka dengan selambanya budak tu
berkata
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye
apa... nak cover malu.
"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan
boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati
sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar
nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg
sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat
membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja
menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
"cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya,
maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan
tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya
budak tu jawab
"Nak kena jentik lagi...??"
Kembali ke muka hadapan