Ambilah ikhtibar
Kisah terjadi waktu aku dlm perjalanan pulang dari KL. Kereta
kami meluncur
laju meredas 'highway' yg ketika itu lengang. Jam
ditangan menunjukkan
pukul 6 petang, kami singgah di Perhentian
Pagoh untuk berehat dan makan
malam. Ada juga beberapa orang lain yg
berehat di situ...semua dlm
perjalanan ke destinasi masing-masing.
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kampung makcik
aku yg tak
jauh dari situ. Setibanya di sana sepupu aku bersuara. Dia
kata tempat yg
kita beristirehat tadi sebenarnya
berhantu. Kami
tanya bagaimana dia tahu? Menurut sepupu aku waktu dia
sedang makan,
datang seorang penduduk disitu dan menceritakan satu kisah
yg
baru saja berlaku.
Ada seorang lelaki yg duduk berehat di situ. Waktu tu
malam, bulan
mengambang penuh, tiada siapa lagi di situ. Angin meniup
sepoi-epoi
bahasa...dingin.....terlalu dingin sehinggakan dia duduk
berpeluk tubuh.
Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas.....sedang
dia berjalan, dia
terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya. Bulu roma
berdiri tegak, bunyi
itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejar nya.
Dengan secepat kilat
pemuda itu menoleh......tapi....tiada orang di
belakangnya. Dia meneruskan
perjalanan..bunyi tapak kaki kedengaran
lagi. Bunyi nya tidak seperti
bunyi tapak kaki
Manusia.....kelekuk...kelekuk...kelekuk.....begitulah
lebih kurang
bunyinya...seperti kuda. Satu gugusan angin tiba-tiba menerpa
menghembus ke
muka....bunyi tapak semakin kuat......dia Memberanikan diri
dan toleh
sekali lagi. Alangkah terperanjatnya bila dia dapati ada sejenis
makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arahnya.
Kelihatan darah menitis -nitis dari mulut binatang itu,
matanya merah
menyala. Rupanya amat menyeramkan. Pemuda itu
gamam....tubuhnya tidak
dapat bergerak...dia terpaku. Binatang
itu menghampiri dirinya...setapak
demi setapak dia
Melangkah....kedengaran nafas binatang yg sungguh
menggerunkan itu. Pemuda itu tidak dapat bersuara,
mulutnya seakan-akan
dikunci, keringat sejuk mula membasahi
pipinya, dia tahu yg makhluk
separuh kambing separuh
manusia itu akan membahamnya.....makhluk itu
semakin dekat
hingga mukanya bertentangan dgn muka pemuda itu. Dengan satu
pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,
"Satu, dua tiga empat.....
DIMANA DIA ANAK KAMBING
SAYA.....ANAK KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN
PALAS.....DIMANA DIA BUAH
HATI SAYA BUAH HATI SAYA BAGAI TELOR
DIKUPAS.........ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!"
"Oi! Oi!" ader suara background lagik.....hehehehheheeh
"CHAN MALI CHAN!"
"Oi Oi
"CHAN MALI CHAN KETIPONNNNGGGG
PAYONGGGGG...oooOOOOHHHH"
Everybody!...let's sing together!!!!!!!
CHAN MALI CHAN OI
OI
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG.....