Ntah apa-apa ntah


Seorang pemuda yang sedang mengembara telah membeli seekor kuda dari seorang peladang. Sebelum kuda itu dibawa pergi oleh pemuda tersebut, peladang tersebut telah menceritakan tentang tabiat kuda itu. Antaranya suka tidur petang dan duduk atas tembikai. Selepas berpuas hati dengan penerangan peladang tersebut, pemuda itu pun menunggang kuda itu untuk meneruskan pengembaraannya. Setelah melalui bukit, padang dan hutan, mereka terpaksa menyeberang sungai kecil di suatu kawasan lapang. Semasa di tiba di tengah kolam itu, kuda itu tiba- tiba berhenti dan duduk selama hampir satu jam. Pelbagai cara digunakan oleh pemuda itu untuk memaksa kuda itu berjalan tetapi hampa. Selepas dua jam kemudian kuda itu berdiri lalu berjalan ke tebing. Pemuda yang kehairanan itu terus membawa kuda itu kepada pemilik asalnya untuk merungkai segala kemusykilan. "Oh, sebenarnya saya terlupa memberitahu saudara..... selain dari suka tidur petang dan duduk atas tembikai... kuda ni ada satu lagi kegemaran..." kata peladang itu tenang. " Apa dia ....?" soal pemuda itu tidak sabar-sabar. " Err....,sebenarnya kuda ini juga suka duduk di atas ikan!"