Pekerja Baru

Rosman diterima bekerja sbg pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pd hari pertama dia masuk ke biliknya...terus mendail....
"Tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya menegking.
"Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dgn siapa awak bercakap ni?" kata suara di hujung talian.
"Tidak" jawab Rosman.
"Saya pengarah urusan syarikat ini, awak tahu?" balas suara itu.
Rosman terkejut. Barulah dia sedar dia tersalah dail. Hajatnya mahu menghubungi kantin.
"Encik tahu dgn siapa encik bercakap ni?" tanya Rosman.
"Tak, awak siapa?" balas pengarah urusan itu.
"Kalau tak tahu bagus....." kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.





Kembali ke muka hadapan