Penjual ubat di sebuah kaki lima berjaya menarik perhatian orang ramai berkumpul mengerumuninya. Si penjual ubat berkata... "Botol di tangan saya ini berisi ubat awet muda. Ini akan mengembalikan kemudaan anda. Ini akan menjaga agar anda tetap sihat.. Lihat saya. Apakah anda percaya saya pernah berperang semasa Penang Dunia pertama? Umur saya sekarang sudah lebih dari 200 tahun." Seorang lakiČ yang berdiri di barisan paling depan bertanya kepada pembantu penjual ubat yang nampak masih muda, yang sedang sibuk menjual ubat awet muda. "Betulkah orang itu sudah berumur 200 tahun?" dia bertanya. "Tolong jujur dengan saya." "Dia sendiri mengaku begitu," jawab pembantu penjual ubat. "Tapi saya tidak pasti kebenarannya sebab saya sendiri baru bekerja dengan dia selama 120 tahun."