Telah berulang kali Nasrudin berjumpa seorang peguam untuk menandatangani suatu perjanjian.... peguam tersebut selalu mengatakan dirinya selalu sibuk dan tidak ada masa untuk menandatangani perjanjian itu. Keadaan ini berulang sehingga Nasrudin membuat kesimpulan bahawa peguam itu minta disogok. Tapi Nasrudin tahu itu diharamkan. Maka Nasrudin memutuskan untuk mencuba sekali lagi... Nasrudin menyiapkan sebuah bekas yang diisi dengan tahi lembu hingga hampir penuh. Kemudian di atasnya, Nasrudin melapiskannya dengan mentega beberapa sentimeter tebalnya. Bekas itu dibawanya ke hadapan Peguam. Kebetulan, peguam langsung tidak sibuk ketika itu, dan bersetuju untuk menurunkan tanda tangannya. Nasrudin kemudian bertanya, "Tuan, setujukah tuan menerima mentega ini sebagai upah?" Peguam itu tersenyum lebar. "Ah, kau tak perlulah terlalu dalam memikirkannya. Saya lakukannya dengan ikhlas...." Dia mencungkil sedikit mentega dan merasanya. "Wah, sedap betul mentega ini!" "Ya," jawab Nasrudin, "Sesuai ucapan Tuan sendiri, jangan terlalu dalam."