Seorang penjual Jentera Pembajak sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah Pembajak. Petani menolak dari membeli sebuah Pembajak, tapi ternyata penjual masih bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengalah. "Daripada membeli Jentera Pembajak itu.. lebih baik aku habiskan duitku memelihara lembu," kata petani. "Ah," jawab penjual, "tapi cuba pikir... pakcik akan sangat kelihatan bodoh jika terus menerus menggunakan seekor lembu." "Huhh!!" herdik si petani. "Apakah tidak akan lebih bodoh jika orang melihat aku memerah susu sebuah Jentera Pembajak!"