Setelah mengawini seorang perempuan muda yang sangat cantik, seorang datuk yang berusia 120 tahun dengan bangga bercerita kepada doktornya bahawa isterinya sedang hamil. Sambil menahan perasaan, doktor berkata, "Datuk, Saya ada satu cerita. Seorang lelaki bodoh pergi memburu, tetapi kerana bodohnya ia tersalah membawa payung, bukannya senapang. Jadi.. di tengah hutan ia dihalang oleh seekor beruang besar. Kemudian ia mengangkat payungnya dan cuba menembak beruang, lalu beruang itu mati". "Mustahil!!!" jawab datuk. "Pasti ada orang lain yang menembak beruang itu!" teriaknya lagi. "Tepat sekali," jawab si doktor sambil memandang kearah datuk yang tua bangka itu.