Seorang lelaki berumur 80 tahun bernikah dengan Janda berusia 30 tahun. Malam pertama mereka bersetuju untuk tidur berasingan kerana tabiat lelaki itu yang kuat berdengkur.. Sejam selepas itu.. bilik isterinya diketuk... dan ternyata lelaki itu ingin melakukan hubungan seks dengan isterinya. Setelah selesai lelaki itu pun keluar. SI Isteri kembali bersiap-siap untuk tidur ketika beberapa minit kemudian lelaki itu masuk lagi. Perempuan tersebut melayaninya dengan baik dan setelah selesai lelaki terus meninggalkan biliknya. Kali ini si isteri yakin tidak akan diganggu lagi dan bersiap untuk tidur. Sejam selepas itu.. pintunya diketuk lagi. Ternyata suaminya mengajak berhubungan seks. Walaupun terkejut dan hampir tak percaya, si isteri melayaninya. Ia sangat kagum dengan keupayaan suaminya. "Saya tidak menyangka abang sekuat ini. Tiga kali dalam dua jam dan ketiga-tiganya memuaskan. Padahal bekas suami saya dulu, yang jauh lebih muda dari abang, hanya mampu sekali saja," kata si isteri. "Awak biar betul... sekali ni baru saya masuk bilik ni tau..."