Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang bewarna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan Dari jauh, pengawal kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai insyarat bahaya.. terus pengawal keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting. Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pengawal terus bertanya "Ada apa Puan?" dengan selamber wanita itu menjawab... "Hampir habis... yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."