Nasir mempunyai tiga orang kekasih yang semuanya menarik hatinya. Untuk memilih salah satu sahaja sebagai calon istrinya... Nasir menguji mereka dengan cara memberi wang 1 juta dan melihat apa yg mereka lakukan. Kekasih pertama menghabiskan Wangnya untuk beli pakaian berjenama, make-up, dan ke salon mempercantik diri. "I lakukan semua ini supaya sentiasa kelihatan cantik dimata U dan kerana I Luv U," katanya kepada Nasir. Kekasihnya yang kedua menghabiskan wangnya dengan membeli CD, peralatan golf, dan stereo terbaru, kemudian diberikannya kepada Nasir sebagai hadiah. "I ingin memberi U hadiah istimewa ini kerana I Luv U" Kekasih ketiga pula melaburkan wangnya dengan cara membeli saham. Ketika mendapat untung, dia kembalikan yang setengah juta kepada Nasir dan melaburkan bakinya di bursa saham. "I laburkan bakinya untuk masa depan kita kerana I Luv U." Nasir berfikir hampir 6 bulan dan menilai cara ketiga2 kekasihnya berbelanja wang tersebut... dan akhirnya nasir mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya yang mempunyai punggung paling besar.