Seorang suami menemani isterinya ke Klinik. Doktor menyuruh si suami menunggu diluar sahaja, Beberapa minit kemudian, doktor itu keluar dengan cemas dan meminta seorang nurse untuk mengambilkannya besi leper... Seketika kemudian... doktor itu keluar lagi dan meminta pula untuk diambilkan tukul. Suami yang memerhatikan gelagat doktor itu dari tadi mulai cemas.. Sejurus selepas itu.. doktor itu keluar lagi.. dan kerana bimbangkan keadaan isterinya... lelaki itu bertanya kepada doktor.. "Doktor, ada sebenarnya yang telah terjadi pada isteri saya?" Doktor itu menjawab, "Oh.. Maaf Encik, saya juga belum tahu bagaimana keadaan isteri encik... bahkan sampai sekarang.. saya masih belum boleh membuka kotak peralatan perubatan saya."