Bidin ke pasar untuk membeli mangga yang diidamkan oleh isterinya yang sarat mengandung... Bidin : "Ini mangga jenis apa kak?" Penjual : "Oh itu Mangga Vietnam dik, besar-besar, murah lagi" Bidin : "Manis tak?" Penjual : "Ditanggung manis dik, kalau tak manis wang dikembalikan. Sesampai saja rumah... isteri Bidin berkata... Isteri : "Kenapa.. abang beli mangga kecut nie?". Kerana terkejut dan marah.. Bidin kembali ke kedai tadi.. Bidin : "Akak bohong, mangganya semua kecut" Penjual : "Adik beli berapa kilo tadi?" Bidin : "Dua Kilo" Penjual : "Tak der la rugi sangat..." Bidin : "Tak rugi akak cakap... ?" Penjual : "Ye la adik punya cuma 2 kilo.. akak punya pun nampaknya kecut 5 bakul.."