Seorang ayah yang sangat kedekut diajak oleh anak kesayangannya untuk menaiki helikopter. Mulanya si ayah tidak setuju kerana kadar sewanya yang tinggi tapi kerana permintaan anaknya yang bertubi-tubi akhirnya diapun bersetuju. Pilot : "Naik bayar RM 100, kalau anda bercakap diatas nanti denda RM 500 tapi kalau anda tidak bercakap sepatah pun saya akan bagi RM 1000.00 Setelah setuju dgn perjanjian tsb, helikopter pun diterbangkan dengan pelbagai gaya termasuk dalam keadaan kipas dibawah. Setelah mendarat Pilot berkata "Wah anda hebat, tidak bercakap walau sepatahpun.. apa tidak takut?" Ayah : "Sebenarnya saya mau bercakap juga tadi, tapi takut didenda." Pilot : "Anda nak cakap apa?" Tanya pilot Ayah : "Anak saya jatuh."