Mustapha amat kecewa kerana dibuang kerja... lalu dia mencuba untuk menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang wanita muda yang kaya. Mustapha dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Mustapha terus dimasukkan ke dalam sebuah bilik. Mustapha berdebar-debar kerana ini adalah kali pertama dia masuk ke bilik seorang wanita. Fikirannya macam-macam... takut ada bernafsu pun ada. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu buku dulu semua pakaian kamu dan tunggu disini dulu.. jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari bilik. Mustapha terus membuka semua pakaiannya walaupun sebenarnya dia sangat malu kerana tubuhnya kurus kering. Setelah beberapa minit menunggu di bilik.... Wanita muda itu pun masuklah ke dalam bilik.. Tetapi kali ini bersama-sama dua orang anak kecil. Wanita muda itu berkata kepada kedua anak kecil itu.. "Mimi, Mamat... kamu mesti makan banyak.... Kalau tidak.. nanti badan kamu kurus kering macam abang ini."