Seorang Pegawai di Syarikat A mengunjungi rakannya di rumah rakannya. Lalu dia berkata.. "Engkau kan pegawai aje.. tapi kerata ada 5 buah?" Rakannya hanya tersenyum dan membawa Pegawai tari menghampiri jendela untuk menunjuk keluar. "Engkau lihat itu... jambatan besar di sebelah sana?" tanyanya. Pegawai tadi mengangguk. "Nah, itu sepuluh Peratus" kata rakannya.. Pegawai tadi mengerti yang 10% dana pembangunan jambatan lari ke poket rakannya. Minggu depan rakannya pula mengunjungi rumah pegawai tadi di rumahnya. dan juga berkata.. "Engkau juga pegawai seperti aku.. tapi lebih hebat ye... Rumah macam istana... kereta 15 buah..." kata rakannya. Pegawai membawa rakanya menghampiri jendela. Ia menunjuk keluar sambil berkata.. "Engkau lihat empangan di sebelah sana?" Rakannya tercari-cari ke arah yang ditunjukkan, tapi tidak melihat adanya empangan... "Mana, tak ada pun..." tanya rakannya.. Pegawai tadi menepuk dada sambil berkata.. "Nah, itu seratus peratus... "