Lawak Politik

Sami Velu, Mufti Perak dan Mahathir sedang melancong di Amerika menaiki sebuah kereta. Dalam perjalanan hari sudah lewat malam. Mereka melalui sebuah rumah di kawasan yang agak terpencil dan mereka mengambil keputusan untuk bermalam di rumah tersebut.
Tuan rumah tersebut amat baik. Dia mengatakan bahwa dia ada satu bilik kosong tetapi hanya muat untuk 2 orang. Salah seorang daripada mereka terpaksa tidur di kandang binatang di belakang rumah. Akhirnya setelah berbincang panjang, Sami Velu setuju untuk tidur di dalam kandang tersebut.
Tidak sampai 10 minit, pintu bilik di ketuk.
"Saya, itu kandang, tidak boleh tido jugak " Ujar Sami Velu.
"Kenapa Sami?" Tanya Mahathir.
"Itu kandang ada lembu. Itu lembu itu tuhan kami la. Mana boleh tido dengan dia"
Akhirnya setelah berbincang, Mufti Perak bersetuju untuk mengambil alih tempat tidur Sami Velu.

Tidak sampai sepuluh minit kemudian, pintu bilik diketuk.
"Saya tidak boleh tidur di kandang tersebut", ujar mufti Perak.
"Kenapa?" Tanya Mahathir.
"Ada babi"

Akhirnya Mahathir bersetuju untuk tidur dikandang tersebut walau ada babi. Kerana sebelum ini dia tidak pernah takut babi.
10 minit kemudian pintu bilik diketuk oleh lembu dan babi.