Kisah Setem


Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja2 di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem2 yang dipamirkan mempunyai gambar2 Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka2 Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka2 Raja terebut telah tiada di setem tersebut dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat2 yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat2 tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Pengarah mengatakan bahawa setem2 tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.