Tembak je


Seorang lelaki tua tinggal disebuah banglo bersama isterinya. Suatu hari ketika dipejabat, lelaki tua itu menalifon isterinya dirumah.
Lelaki tua : Hello
Panggilan itu dijawab oleh seorang gadis.
Gadis : Hello, nak cakap dengan siapa.
Lelaki tua : Awak ni siapa, setahu saya dirumah saya tiada orang lain selain isteri saya yang dah tua itu saja!
Gadis : Oh.. kebetulan, saya baru aje menyewa sebuah bilik di rumah ni beberapa jam yang lepas.
Lelaki tua : Oh ye ke.. tak pe lah, awak tolong panggilkan isteri saya. Dia kat mana sekarang ?
Gadis : Dia ada kat bilik atas bersama seorang lelaki. Saya sangkakan suaminya!!.
Lelaki tua : Apa??.. Err... awak nak RM50,000.00 tak???
Gadis : Nak.. tapi macamana??
Lelaki tua : Awak kena tolong saya.. awak pergi kebilik atas sebelah kiri dan ambil sepucuk senapang disitu.
Gadis : Lepas itu?
Lelaki tua : Awak tembak kedua-duanya. Saya akan beri arahan seterusnya selepas ini.. ayuh pergi segera.
Gadis itu meletakkan talifon diatas meja dan bergegas naik keatas. Sejurus kemudian kedenganran dua das tembakan dan...
Gadis : Hello.. saya dah tembak kedua-duanya.. apa yang harus saya buat ni..??
Lelaki tua : Awak campakkan kedua-dua mayat tadi didalam kolam belakang rumah.
Gadis : Tapi dari tadi saya dah keliling kawasan rumah ni .. tak nampak sebarang kolam pun. Kat mana kolamnya..??
Lelaki tua : ERRRR.... apa nombor talifon rumah ni..?
Gadis : 41096588
Lelaki tua : Maaf.. salah nombor...(Terus letakkan talifon).