Part-time
Kisah ni terjadi disatu hari yang sungguh
menyayat hati bagi seorang insan yang telah
dibuang keje....dia sungguh sedih kerana dia adalah anak sulung
daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan
dirumah maupun perbelajaan sekolah adik2x nyer..terpaksa di
biayai.Jadi, nak dipendekkan cerita........pada suatu hari,
beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga
dan jenis kerja telah beliau hadiri, malangnyer satu pun tak
berjaya..lalu
beliau
ambik keputusan untuk
realeas tension. Petang tu pun beliau keluar
berjalan-jalan fikir cam ner nak
selesaikan problem carik kerja ni..jalan punyer jalan
sampailah kat
Zoo Negara...masa sampai kat pintu gerbang, beliau
terpikir lak "bak per
aku masuk kat dalam Zoo nih? nak buat aper? tak per la ...sekali sekala
maner la tau dapat idea..." beliaupun meneruskan
perjalanannyer itu
masuk ker Zoo itu. Semasa beliau berjalan2x sambil
melihat haiwan2x
dan binatang liar disana, beliau terserempak dengan
kawan lama...lalu
kawannyer itu menyapa" hai....Ucop, lama tak nampak?"
"ader ...busy, tapi
skang ni aku tak busy dah..." "naper?" "aku dah kene
buang keje..problem
betul la...." "la...apsal kau tak bagitau aku
awal2x...ari tu ader keje
full time kat sini..tapi dah tak der dah...dah
full...tapi, kau jangan risau,
kat sini ader keje part time....kau nak?" "eh! betul
ker?
mestilah aku nak!,
aper keje tu?" "senang jer...zoo ni sebenarnyer
kekurangan haiwan, aper kata kalau
kau jadi BERUK ala....pakai sarung..., mahal tau
bayarannyer.." setelah beliau
berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju
menerima keje tersebut,
kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada
diparas kritikal ini..
"bila boleh start?" "kalau kau nak esok pun bleh!!".
"buat apa esok, hari ini
pun bleh...." "kalau macam tu, okeyla.. aku bagi
tau bos
aku dan kau bolehla bersiap
sekarang, nah uniform" dengan bangganya beliau
terus memakai uniform yang berupa bulu
beruk itu....dan terus masuk kedalam sangkar yang
disediakan. Setiap pengunjung yang melalui
sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang
sekali
terjumpa beruk seperti didalam
sangkar itu kerana beruk itu boleh
berkata-kata....lalu
ramailah orang mengerumuni sangkar beruk
itu sambil bertepuk tangan dan bergambar...beruk itu
merasa riak dan bangga yang di tahap
maksimum
lalu beliau terus melompat-lompat dan dgn tidak
disengajakan..... beliau telah termasuk kedalam
kandang
harimau yang berada bersebelahan dgn sangkarnyer...
beliau berasa panik sambil meminta
tolong...."TOLONG!...
TOLONG!...TOLONG!...Beliau menjerit sekuat hati...tapi
semua orang tak ambik peduli, maklumlah
beruk boleh bercakap. beliau bertambah tak tentu arah
apabila harimau itu kali ini betul betul
berada dihadapannyer......dalam hatinyer berkata
"matilah aku hari ni....."sambil mengucap2x ingat
nak mati.........tiba-tiba........
harimau tuh gelak terbahak bahak dan berkata
apsal kau menjerit aku pun harimau part time
cam kau gak !