Aku nak cepat la !!!


Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA penuh dengan penumpang. Semasa sedang check-in, para petugas pula kelihatan sibuk. Didalam keadaan sesak itu, tiba-tiba seorang lelaki meluru kehadapan kaunter J dan menyerahkan tiketnya. Petugas disitu mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala.
"Encik ak boleh buat macam ni, nanti penumpang lain marah. Orang lain dah lama beratur." kata petugas kaunter.
"Lama sangat dah setengah jam saya tunggu" jawab lelaki itu.
"Kami telah berusaha untuk melakukan sepantas mungkin, maaf, encik terpaksa juga beratur dibelakang sana" kata petugas kaunter.
"Berani awak kata macam tu kepada saya, awak tahu siapa saya ?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang.
Petugas kaunter menggeleng kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman
"Tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang lelaki didepan kaunter J yang tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang mengenali lelaki ini, sila kedepan. Terima kasih"